koleksi hadis

koleksi hadis

Karya Grafik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Saturday, December 24, 2011

testing

0 comments
testing lagi yaa
Read more...
Sunday, November 27, 2011

PETIKAN GURINDAM DUA BELAS OLEH ALLAHYARHAM RAJA ALI HAJI

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim


PETIKAN GURINDAM DUA BELAS OLEH ALLAHYARHAM RAJA ALI HAJI




Gurindam 1

Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka itulah orang ma'rifat.
Barang siapa mengenal ALLAH,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahari.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang terpedaya.
Barang siapa yang mengenal akhirat,
tahulah ia dunia mudarat.



Gurindam 2

Barang siapa mengenal yang tersebut,
tahulag ia makna takut.
Barang siapa meninggalkan sembahyang,
seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan puasa,
tidaklah mendapat dua temasya.
Barang siapa meningggalkan zakat,
tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan haji,
tiadalah ia menyempurnakan janji.




Gurindam 3

Apabila terpelihara mata,
sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
daripdaa segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
keluarlah fi'il yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
disitulah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki,
daripada berjalan membawa yang rugi.



Gurindam 4

Hati kerajaan di dalam tubuh,
jikalau zalim segala anggota pun roboh.
Apabila dengki sudah bernanah,
datanglah daripadanya beberapa anak panah,.
Mengumpat dan memunji hendaklah pikir,
disitulah banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikitpun berbuat bohong,
boleh diumpamakan mulutnya itu pekong.
Tanda orang yang amat celaka,
aib dirinya tiada ia sangka.
Bakhil jangan diberi singgah,
itupun perampok yang amat gagah.
Barang siapa yang sudah besar,
janganlah kelakuannya membuat kasar.
Barang siapa perkataan kotor,
mulutnya itu umpama ketur.
Dimana tahu salah diri,
jika tidak orang lain yang terperi.




Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad atau cukup dengan nama-penanya Raja Ali Haji (lahir di Selangor, ca. 1808 - meniggal di Pulau Penyengat, Kepulauan Rau, ca. 1873, masih diperdebatkan) adalah ulama, sejarawan, dan pujangga abad 19 keturunan Bugis dan Melayu.)  Al-Fatihah.
Read more...
Sunday, July 10, 2011

Budak baca ayat al-Quran elak dirogol

0 comments
JEDDAH: Seorang mangsa perogol bersiri berkata beliau membaca ayat al-Quran untuk menghentikan penyerang mencabulnya, lapor akhbar al-Madinah kelmarin.

Akhbar Arabnews melaporkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu memberitahu akhbar itu yang beliau berjaya melindungi dirinya daripada serangan perogol itu dengan membaca lima surah kitab suci itu yang dipelajarinya secara bersungguh-sungguh.

    “Setiap kali beliau menghampiri, saya mula membaca al-Quran dan penjahat itu melepaskan saya,” katanya.

Kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai MMS memberitahu perogol itu meminta beliau berhenti membaca al-Quran tetapi apabila beliau enggan mengikut arahannya, perogol itu memukul mukanya.

    “Kerana bacaan ayat suci itu beliau enggan menyentuh saya,” katanya.

Mangsa diculik semasa menghadiri majlis perkahwinan dan dilarikan ke rumah perogol.

Lelaki itu menolak mangsa ke dalam rumah dan mengunci pintu.

    “Perogol itu kemudian menyerang saya tetapi saya mula membaca ayat al-Quran,” katanya.

Mangsa kemudian ditinggalkan di klinik berdekatan di daerah Al-Muntazahat. – Agensi

Sumber: Berita Harian, Rabu 22hb Jun 2011
Read more...
Friday, June 10, 2011

Ilham Lakaran Rasa

0 comments
Bila Hati Berbicara 

Wahai diri,
Diperdengarkan bicara hati,
Agar tidak goyah maruah diri,
Bimbang iman yang teruji,
Bila datang ujian hakiki,
Yang pasti menduga keimanan ini..

Wahai diri,
Antara yang kanan atau yang kiri,
Yang mana satu perhitungan diri?

Wahai diri,
Diperdengarkan suara hati,
Diperdengarkan bisikan akal murni,
Lantaran terlalu berat perhitungan ini..
Antara nafsu dan aqli,
Yang mengawal sekujur jasadi..

Wahai diri,
Peringatkan dirimu pada janji terpateri,
Perbetulkan niat di hati.

Pasti..
Rabbi Yang Agung,
Meneguhkan hati ini,
Menempuh jalan mujahadah yang penuh ranjau duri..
Insya-ALLAH..



– Muddathsir –
Jumaat
19/08/2005
Study Room, KUiTTHO
Read more...
Sunday, February 20, 2011

Selamat Hari Lahir

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Maka lahirlah blog ini sebagai wadah ilmu bermanfaat untuk dikongsikan!

Read more...

Labels

 
j0m fesbUK © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings

You can add link or short description here